ADN

DUN Sungai Ramal buka pendaftaran Jom Shopping Aidilfitri hingga 31 Mac

9 Mac 2023, 12:12 PM
DUN Sungai Ramal buka pendaftaran Jom Shopping Aidilfitri hingga 31 Mac

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 MAC: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal yang berpendapatan di bawah RM3,000 dipelawa memohon baucar Jom Shopping RM200 sempena Aidilfitri ini.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata permohonan sehingga 31 Mac itu dibuka kepada penduduk beragama Islam yang sudah berkeluarga dan pengundi di kawasan itu.

"Borang pendaftaran boleh diperolehi di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal atau boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/10WpDenL8cbJbFFtKRKXYp_X7s7SkyHNT/view?usp=drivesdk.

"Pemohon perlu menyertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji serta pasangan sementara ibu tunggal perlu membawa salinan sijil kematian atau perceraian," katanya menerusi Facebook.

Menurut Mazwan bagi pasangan yang tiada slip gaji mereka boleh mendapatkan cop pengesahan pendapatan daripada penghulu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, ketua kampung, pengerusi taman perumahan, nazir masjid atau pengerusi surau.

Beliau berkata penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) tidak layak memohon baucar itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619