ADN

250 pemohon baharu bantuan bulanan RM300 di Gombak Setia setakat 7 Mac

9 Mac 2023, 3:42 AM
250 pemohon baharu bantuan bulanan RM300 di Gombak Setia setakat 7 Mac

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima 250 permohonan baharu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) setakat Selasa lalu.

Pegawai PKM DUN Gombak Setia Din Yahaya berkata kesemua permohonan dibuat secara dalam talian itu sedang disemak untuk kelulusan.

"Tahun lalu sebanyak 674 keluarga di DUN ini menerima bantuan tersebut yang dibayar RM300 sebulan.

"Biarpun kuota belum ada, kita berharap agar Kerajaan Negeri dapat menambah sehingga 1,000 penerima kerana ramai golongan memerlukan di sini,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Din, selain maklumat diberi pemohon serta menyemak dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), pihaknya turut bekerjasama dengan ketua-ketua kampung untuk memilih mereka yang layak.

Bingkas adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) membabitkan peruntukan RM108 juta.

Program yang merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang itu membolehkan penerima mendapat bantuan bulanan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun diagih menerusi aplikasi e-dompet Wavpay.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619