ADN

Pertandingan masak tarikan karnival rakyat DUN Taman Templer Ahad ini

9 Mac 2023, 3:04 AM
Pertandingan masak tarikan karnival rakyat DUN Taman Templer Ahad ini

OLEH SHAMZ JOHAN

SELAYANG, 9 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menganjurkan Mini Karnival Kasihku Templer sempena cuti sekolah di Clubhouse Andari Townvilla 2, Batu Caves pada Ahad, 12 Mac ini.

Pegawainya Mohd Montazeri Nordin berkata program bermula jam 9 pagi itu menyediakan pelbagai aktiviti sesuai dengan semua peringkat umur supaya penduduk dapat menjalani aktiviti bersama keluarga.

"Kita anjurkan pertandingan memasak, pertandingan dam haji dan karom serta pertandingan mewarna. Kita juga akan membuat hebahan tentang inisiatif Iltizam Selangor Penyayang kepada pengunjung," katanya.

Pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 03-61271831 atau Hafizah (013-2970535) selain maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619