ADN

PKM DUN Pandan Indah edar bunga mawar sempena sambutan Hari Wanita Sedunia

8 Mac 2023, 9:49 AM
PKM DUN Pandan Indah edar bunga mawar sempena sambutan Hari Wanita Sedunia

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah mengedarkan bunga mawar kepada penduduk sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah Nariza Zain berkata bunga itu diedarkan bagi menghargai dan meraikan kaum wanita di kawasan itu.

"Sempena Hari Wanita Sedunia dengan tema 'Kasih Wanita', sebanyak 500 kuntum bunga mawar yang dihias bersama coklat diedarkan kepada kaum wanita di DUN Pandan Indah.

"Antara lokasi edaran bunga ialah di Klinik Ibu dan Anak Kampung Pandan Dalam, Klinik Kesihatan Kampung Cheras Baru dan restoran kopitiam," katanya ketika dihubungi.

Nariza mengedarkan bunga-bunga tersebut mewakili Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Izham Hashim.

Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi menghargai sumbangan dan jasa wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memilih 'Kasih Wanita' sebagai tema sambutan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619