AGENDA

Hijrah tawar pinjaman modal tambahan, bantu usahawan kembang niaga

8 Mac 2023, 8:00 AM
Hijrah tawar pinjaman modal tambahan, bantu usahawan kembang niaga
Hijrah tawar pinjaman modal tambahan, bantu usahawan kembang niaga

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 MAC: Dato' Menteri Besar mempelawa usahawan negeri ini memohon Skim i-Bisnes yang menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata tawaran sempena Hari Raya Aidilfitri itu dibuka kepada mereka yang mempunyai perniagaan stabil menerusi Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

"Sempena Aidilfitri tahun ini, selain Skim i-Bermusim, usahawan Selangor yang telah mempunyai perniagaan stabil juga boleh memohon Skim i-Bisnes untuk bantuan kewangan lebih besar.

"Skim ini menawarkan modal tambahan sehingga RM50,000. Kerajaan Negeri menyediakan semua inisiatif ini untuk membantu anak-anak negeri menjana pendapatan melalui sektor keusahawanan," katanya.

Menurut Amirudin, mana-mana anak negeri yang berminat, boleh dapatkan maklumat pembiayaan dan permohonan di www.hijrahselangor.com sekarang.

"Pengembangan sektor ini dapat memberi pulangan langsung kepada rakyat negeri selain mengukuhkan ekonomi," katanya.

Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan pada 25 November lalu memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Setakat ini, skim ditawarkan institusi pembiayaan itu kepada usahawan meliputi Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro, i-Bermusim dan Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619