AGENDA

Kahwin bawah umur halang potensi, RUU wajibkan belajar hingga sekolah menengah

8 Mac 2023, 4:27 AM
Kahwin bawah umur halang potensi, RUU wajibkan belajar hingga sekolah menengah

SHAH ALAM, 8 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam fasa Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewajibkan kanak-kanak melanjutkan pelajaran hingga sekolah menengah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata langkah itu bagi menangani keciciran pendidikan yang boleh menghalang potensi golongan itu akibat perkahwinan bawah umur, lapor Berita Harian.

Beliau menjelaskan dasar pendidikan sedia ada wajib hanya sehingga tahun enam sahaja, sekali gus mewujudkan diskriminasi jantina dalam kalangan masyarakat.

"Dalam hal ini, kanak-kanak wajib berada hingga peringkat sekolah menengah. KPM juga boleh menampung pelajar yang berkahwin muda dan masih bersekolah untuk terus mendapatkan pendidikan.

"Ini termasuk golongan yang hamil ketika bersekolah," katanya menambah kanak-kanak yang berkahwin awal tidak boleh didiskriminasi.

Sebelum ini, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa had umur minimum perkahwinan kanak-kanak perempuan ditingkatkan bagi mengelak keciciran dalam pendidikan.

Mengikut data pertubuhan tersebut pada 2022, terdapat sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak yang berkahwin usia muda setiap tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619