AGENDA

Selangor tambah baik inisiatif sedia ada untuk membantu rakyat

7 Mac 2023, 12:51 PM
Selangor tambah baik inisiatif sedia ada untuk membantu rakyat
Selangor tambah baik inisiatif sedia ada untuk membantu rakyat

Shah Alam, 7 MAC: Kerajaan Negeri sentiasa melakukan penambahbaikan inisiatif sedia ada supaya ia selari dengan perkembangan semasa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara yang dilakukan negeri itu ialah tambah baik Baucar Jom Shopping yang bertujuan membantu rakyat Selangor membeli barangan keperluan menjelang perayaan.

"Setiap tahun, rakyat Selangor yang memerlukan diberi bantuan Baucar Jom Shopping menjelang perayaan utama.

"Baucar ini bertujuan membeli barangan keperluan supaya kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama," katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata tahun ini, nilai baucar telah ditingkatkan dari RM100 ke RM200 dan had pendapatan seisi keluarga permohonan juga dinaikkan dari RM2,000 ke RM3,000.

"Semoga usaha ini dapat membawa manfaat kepada rakyat Selangor. InsyaAllah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619