PBT

Tidak perlu beratur di bazar,  semak dan beli melalui sistem ePenjaja

7 Mac 2023, 7:22 AM
Tidak perlu beratur di bazar,  semak dan beli melalui sistem ePenjaja
Tidak perlu beratur di bazar,  semak dan beli melalui sistem ePenjaja

SHAH ALAM, 7 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan sistem ePenjaja bagi memudahkan pelanggan membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan tahun ini.

Timbalan Datuk Bandar Ir Cheremi Tarman berkata sistem dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) itu juga diusahakan bagi menggalakkan pendigitalan kepada peniaga kecil.

“Bermula bazar Ramadan tahun ini, sistem ePenjaja akan mempunyai direktori yang memudahkan orang ramai mengetahui barangan yang dijual di setiap bazar Ramadan.

“Pelanggan kemudiannya boleh menempah makanan melalui aplikasi Whatsapp kepada peniaga dan mengambil terus di lokasi,” katanya pada sidang media hari ini.

[caption id="attachment_570407" align="aligncenter" width="705"]
Timbalan Datuk Bandar MBSA Ir Cheremi Tarman pada sidang media selepas melancarkan sistem ePenjaja MBSA dan kempen pemakaian pelitup muka sempena penyerahan permit bazar Ramadan 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Mac 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Cheremi melancarkan sistem ePenjaja MBSA dan kempen pemakaian pelitup muka sempena penyerahan permit bazar Ramadan 2023 di Pusat Konvensyen MBSA di sini hari ini.

Beliau menjelaskan sistem ePenjaja digunakan sejak Januari lalu bertujuan memudahkan peniaga membuat permohonan lesen dan permit penjaja tanpa perlu beratur panjang.

Menurutnya melalui sistem berkenaan, permohonan diuruskan secara atas talian sepenuhnya bermula di peringkat permohonan, kelulusan, bayaran serta cetakan permit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619