AGENDA

Maybank, CIMB beri moratorium enam bulan kepada mangsa bah Johor

7 Mac 2023, 3:02 AM
Maybank, CIMB beri moratorium enam bulan kepada mangsa bah Johor

SHAH ALAM, 7 MAC: Maybank dan CIMB bersetuju memberi moratorium pinjaman selama enam bulan kepada mangsa banjir di Johor, maklum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan kerajaan turut menghubungi beberapa institusi kewangan lain bagi meminta mereka mengikuti langkah kedua-dua bank berkenaan, lapor Berita Harian.

"Tentang moratorium untuk memudahkan mangsa banjir, ada cadangan daripada kerajaan Johor supaya memberikannya kepada peminjam supaya dapat melengahkan bayaran kerana keadaan yang terdesak.

"Setakat ini, Maybank dan CIMB bersetuju untuk memberi moratorium selama enam bulan. Susulan itu, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah sama," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Arau Seri Dr Shahidan Kassim berhubung pelaksanaan darurat bah di Johor yang makin memburuk di di Dewan Rakyat hari ini.

Setakat 8 pagi, jumlah mangsa banjir di sembilan daerah di Johor berkurang kepada 39,620 orang berbanding 40,129 semalam, susulan penutupan 16 pusat pemindahan sementara malam tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619