AGENDA

Peniaga teruja jualan pau di Jelajah Ehsan Rakyat cecah 1,000 biji sehari

7 Mac 2023, 2:00 AM
Peniaga teruja jualan pau di Jelajah Ehsan Rakyat cecah 1,000 biji sehari

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 7 MAC: Seorang peniaga pau bersyukur dan teruja selepas jualannya mencecah 700 hingga 1,000 biji sehari sejak beliau menyertai program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) awal Februari lalu.

Menurut Anuar Zaidi Mohamad, pau yang siap dikukus dan dipek sejuk beku merupakan produk utama yang dijual di setiap lokasi JER dengan harga RM1 sebiji.

"Semua produk yang saya jual saya buat sendiri bersama isteri. Alhamdulillah jualan saya mendapat sambutan daripada pengunjung JER.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membenarkan peniaga 'food truck' seperti saya mencari rezeki dalam program JER," katanya pada program JER peringkat DUN Sungai Tua di padang awam Batu Caves semalam.

Anuar Zaidi menjelaskan lebih dua tahun dia mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19 hingga hutangnya meningkat, kini beliau kembali bangkit meneruskan perniagaan dengan menggunakan jenama Pau Adik.

"Setakat ini saya telah hampir 30 kali ikut program JER antaranya di Batu Caves, Selayang, Kuang, Puchong dan Ijok.

"Lepas jualan JER selesai, saya berniaga di mana-mana bazar dan pasar tani pula pada sebelah petang," katanya yang turut menjual makanan sejuk beku seperti roti canai, karipap, sardin gulung dan cucur badak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619