AGENDA

Penduduk minta jualan murah lebih kerap sepanjang Ramadan

6 Mac 2023, 8:50 AM
Penduduk minta jualan murah lebih kerap sepanjang Ramadan
Penduduk minta jualan murah lebih kerap sepanjang Ramadan
Penduduk minta jualan murah lebih kerap sepanjang Ramadan
Penduduk minta jualan murah lebih kerap sepanjang Ramadan

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 6 MAC: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua meminta agar program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diadakan lebih kerap pada bulan Ramadan.

Nurriza Muslim, 33, dari Kampung Wira Damai berkata langkah itu memberi peluang kepada penduduk membeli barangan asas murah memandangkan harga semakin naik menjelang musim perayaan.

[caption id="attachment_570243" align="alignleft" width="266"] Nurriza Muslim[/caption]

"Kalau boleh buatlah pada hujung minggu agar mereka yang bekerja berpeluang mendapatkan barangan murah.

Saya sendiri telah lapan kali berbelanja di JER dan barangan wajib beli ialah ayam, telur dan beras," kata ibu dua anak pada program JER peringkat DUN Sungai Tua di padang awam Batu Caves hari ini.

Warga emas, Salmah Abdul Jalil, 63, dari Kampung Sungai Tua Baharu turut menyokong saranan berkenaan mengatakan program itu sangat memberi manfaat.

[caption id="attachment_570245" align="alignright" width="274"] Salmah Abd Jalil[/caption]

"Dapatlah saya masak lauk ayam dan daging selalu untuk berbuka puasa bersama anak cucu nanti jika JER kerap diadakan masa Ramadan.

"Jualan murah ini memang membantu warga emas seperti saya," katanya yang telah lima kali berbelanja di JER tahun ini.

Sementara itu, N Malairasan, 35, dari Indian Settlement memberitahu beliau yang tidak lagi bekerja selepas terlibat kemalangan berbelanja di JER bagi mendapatkan barangan murah.

[caption id="attachment_570244" align="alignleft" width="266"] N Malairasan[/caption]

"Saya tiada pendapatan tetap sekarang dan membeli di JER memang murah dan jimat.

"Saya berharap agar JER diteruskan bagi membantu semua penduduk yang berpendapatan rendah dan tiada pendapatan tetap membeli barangan asas," katanya yang tiga kali berbelanja di JER.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan http://linktr.ee/myPKPS atau Facebook PKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619