AGENSI

Jais kesal hantaran tidak tepat, wujud tanggapan tidak baik

6 Mac 2023, 7:29 AM
Jais kesal hantaran tidak tepat, wujud tanggapan tidak baik

SHAH ALAM, 6 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kesal tindakan pihak tertentu yang membuat hantaran tidak tepat berhubung pembatalan ceramah seorang pendakwah bebas di negeri ini.

Pengarahnya berkata hantaran itu juga mewujudkan tanggapan tidak baik terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, pihak berkuasa agama dan Kerajaan Negeri.

Menurut Dato' Shahzihan Ahmad, nasihat kepada penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“(Enakmen) menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang Islam di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua ceramah agama oleh pendakwah bebas terbabit di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjong Karang pada 10 dan 11 Mac dibatalkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619