AGENDA

Menteri: Kes muflis termasuk belia turun ketara sejak 2016

6 Mac 2023, 7:04 AM
Menteri: Kes muflis termasuk belia turun ketara sejak 2016

SHAH ALAM, 6 MAC: Jumlah kes muflis di Malaysia turun ketara dalam tempoh beberapa tahun sejak 2016 dengan hanya 5,695 kes dilaporkan tahun lalu, kata timbalan menteri kewangan.

Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, kes dalam kalangan belia juga menurun apabila hanya mencatatkan 13.5 peratus kes tahun lalu berbanding 22.5 peratus pada 2021.

“Banyak tatacara yang perlu dipatuhi institusi kewangan sebelum mengisytiharkan seseorang itu muflis dan tindakan kebankrapan adalah jalan terakhir.

"Akta Insolvensi akan dipinda tetapi sebelum pindaan, menteri kewangan mengumumkan semua kes kecil kurang RM50,000 akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac," katanya menambah 19,588 kes direkodkan pada 2016.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berhubung langkah Kementerian Kewangan untuk membantu individu muflis dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemegang status muflis yang mempunyai hutang bawah RM50,000 dilepaskan serta merta bermula 1 Mac.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang untuk meminda Akta Insolvensi 1967 bagi memberi peluang kedua kepada kira-kira 130,000 individu yang diisytihar muflis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619