AGENDA

MB: Kebenaran ceramah kuasa Jais, Kerajaan Negeri tidak masuk campur

5 Mac 2023, 10:57 AM
MB: Kebenaran ceramah kuasa Jais, Kerajaan Negeri tidak masuk campur

KUALA LANGAT, 5 MAC: Kerajaan Selangor tidak campur tangan dalam keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu larangan penceramah bebas mengadakan ceramah di surau atau masjid negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan keputusan itu dibuat mengikut kearifan bidang kuasa bahagian pentauliahan jabatan terbabit.

"Hal-hal ini adalah hal teknikal sebab pendaftaran, pemeriksaan itu semua dikelolakan oleh Jais (melalui) Bahagian Pentauliahan dan biasanya mereka ada perinciannya.

"Jadi saya tidak campur sebab ini adalah kearifan bidang kuasa mereka," katanya ditemui di Banting Waterfront di sini hari ini.

Beliau mengulas isu penceramah bebas Mohamad Wadi Annuar Ayub yang memaklumkan semua ceramahnya di Selangor dibatalkan, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diteruskan.

Wadi Annuar menerusi Facebook hari ini memaklumkan dua ceramahnya pada bulan ini dibatalkan oleh Jais.

"Ustaz Mohamad Wadi kena tanya pengarah Jais... saya tidak pasti sebab program sedemikian bawah kelolaan Jais," jelas Amirudin lagi .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619