AGENDA

MB kunjung dua pasar awam di Banting, santuni peniaga, dekati penduduk

5 Mac 2023, 4:30 AM
MB kunjung dua pasar awam di Banting, santuni peniaga, dekati penduduk
MB kunjung dua pasar awam di Banting, santuni peniaga, dekati penduduk
MB kunjung dua pasar awam di Banting, santuni peniaga, dekati penduduk

KUALA LANGAT, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar meneruskan Jelajah #KitaSelangor Penyayang di Kuala Langat dengan melawat pasar minggu Pekan Banting dan Pasar Awam Banting pagi ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa selama 30 minit untuk beramah mesra dengan peniaga yang menjual makanan dan keperluan harian selain mendekati pengunjung di situ,

Beliau tiba di pasar minggu Pekan Banting kira-kira jam 9.00 pagi sebelum bergerak ke Pasar Awam Banting yang terletak 100 meter bersebelahan pasar itu 15 minit kemudian.

[caption id="attachment_569970" align="alignnone" width="794"] Dato' Menteri Besar Dato ' Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk ketika meninjau pasar minggu Pekan Banting sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang peringkat Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Rata-rata peniaga dan pengunjung teruja dengan kehadiran Amirudin dan tidak melepaskan peluang untuk berjabat tangan sebelum ke Banting Waterfront untuk merasmikan Jelajah #KitaSelangor Penyayang peringkat Kuala Langat.

Terdahulu, Amirudin membuka tirai jelajah di daerah berkenaan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Sungai Lang Baru dan mendengar kuliah pagi disampaikan Ustaz Muhammad Naim Sadoon.

Beliau turut berkesempatan bertemu Ketua Kampung Sungai Lang Baru Md Tejri Alias di Lorong Haji Darini di sini sebelum meluangkan masa bersarapan di warung Badir Canai di Kampung Sungai Lang Baru.

[caption id="attachment_569910" align="aligncenter" width="762"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berbual bersama penduduk ketika Santai Warung di Badir Canai, Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619