AGENDA

Jumlah mangsa banjir Johor terus meningkat, cecah 37,322 pagi ini

4 Mac 2023, 12:51 AM
Jumlah mangsa banjir Johor terus meningkat, cecah 37,322 pagi ini

SHAH ALAM, 4 MAC: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,322 setakat jam 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata ia membabitkan penduduk di sembilan daerah dengan 10,793 keluarga dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Azmi Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga berada di 77 PPS, lapor Berita Harian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata jumlah mangsa di Batu Pahat naik kepada 7,368 daripada 2,136 keluarga.

"Ia diikuti Muar 3,300 mangsa, Kota Tinggi pula menurun kepada 3,292 mangsa daripada 882 keluarga di 20 PPS.

"Tangkak pula mempunyai seramai 2,651 mangsa banjir, di Johor Bahru pula jumlah mangsa menurun kepada 699 penduduk daripada 226 keluarga di lima PPS," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619