AGENDA

Tawar 13 jenis sajian harga RM5, peniaga tidak kisah untung sedikit

3 Mac 2023, 10:30 AM
Tawar 13 jenis sajian harga RM5, peniaga tidak kisah untung sedikit
Tawar 13 jenis sajian harga RM5, peniaga tidak kisah untung sedikit
Tawar 13 jenis sajian harga RM5, peniaga tidak kisah untung sedikit

SHAH ALAM, 3 MAC: Seorang pengusaha restoran mengambil inisiatif menawarkan 13 jenis hidangan di bawah Menu Rahmah untuk membantu pelanggan yang majoriti dalam kalangan mahasiswa.

Pemilik Restoran Deli Thai Seksyen 7 Mohd Fadli Mad Nor berkata antara hidangan berharga RM5 yang ditawarkan ialah nasi kerabu berlauk ikan goreng, nasi ayam penyet dan nasi ayam.

[caption id="attachment_569580" align="alignleft" width="303"] Pemilik Restoran Deli Thai, Mohd Fadli Mad Nor. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Sebelum ini, kita ada juga menawarkan hidangan pada harga RM4 tetapi perlu menaikkan RM1 kerana kenaikan harga barangan. Namun, sejak Menu Rahmah diperkenalkan, saya membuat pelbagai hidangan untuk menarik pelanggan.

"Saya mahu membantu pelanggan kerana majoriti yang datang di sini 90 peratus adalah pelajar universiti. Saya berharap dengan adanya tawaran Menu Rahmah dapat menarik lebih ramai pelanggan," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, pengusaha Kafe Sentral Mohd Masri Mustar berkata beliau tidak kisah hanya mengaut keuntungan sedikit asalkan dapat membantu pelanggan.

"Kebanyakan pelanggan saya penjawat awam. Saya ambil inisiatif ini kerana pernah merasai bagaimana susahnya kehidupan dan dengan adanya program ini dapat membantu meringankan beban mereka.

[caption id="attachment_569581" align="alignright" width="303"] Pemilik Cafe Central Mohd Masri Mustar. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Biarpun harga ditawarkan murah, tetapi tidak kisah selagi dapat bayar sewa dan gaji pekerja serta meneruskan kehidupan," katanya.

Kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata  rakyat kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara mulai 31 Januari melalui program menu Rahmah.

Kata beliau, kerajaan bersifat terbuka kepada pihak yang mahu menggunakan jenama Rahmah asalkan ia bertujuan membantu rakyat dan pihak yang menyediakan Menu Rahmah dengan menawarkan harga serendah RM5 perlu memastikan kualiti makanan dijual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619