AGENSI

Festival Ramadan Selangor disertai 1,000 peniaga, sasar 2.5 juta pengunjung

3 Mac 2023, 8:55 AM
Festival Ramadan Selangor disertai 1,000 peniaga, sasar 2.5 juta pengunjung

SHAH ALAM, 3 MAC: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menyasarkan kehadiran 2.5 juta pengunjung ke Festival Ramadan Selangor 2023 (Festira23) mulai 5 Mac hingga 21 April.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fakru Radzi Ab Ghani berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan jumlah pengunjung pada Festira yang dianjurkan sebelum pandemik Covid-19.

“Melihat kepada arah aliran pada suku terakhir 2022, kita nampak ada momentum dalam perniagaan. Saya optimis Festira tahun ini akan semeriah dan serancak sebelum pandemik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Fakru ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) di SACC Mall, di sini.

Beliau berkata, penganjuran Festira23 menerima permintaan tinggi dengan penyertaan kira-kira 1,000 usahawan berbanding 700 pada tahun lalu.

"PREC menyediakan sewaan tapak bermula RM1,000 sehingga RM15,000 bagi tempoh 48 hari sepanjang festival perayaan itu berlangsung," katanya.

Festira23 dengan tema 'Festira-Ya!' bakal berlangsung selama 48 hari bermula 5 Mac sehingga 21 April di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan di SACC Mall.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619