AGENDA

Kepala kereta api penumpang dalam perjalanan ke Johor Bahru terbakar

2 Mac 2023, 11:51 PM
Kepala kereta api penumpang dalam perjalanan ke Johor Bahru terbakar

TANAH MERAH, 3 MAC: Bahagian kepala sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru terbakar di Taman Tasek Kiara di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 10.36 malam sebelum dua pegawai dan 10 anggota serta dua jentera FRT dikerah ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 10.39 malam dan mendapati bahagian kepala kereta api tersebut sedang terbakar.

"Api berjaya dikawal pada 11 malam," menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian telah menyebabkan pemandu kereta api Ekspres Rakyat Timuran itu cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

"Semua penumpang kereta api tersebut selamat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619