AGENSI

LZS perkenal kupon fitrah berwarna, lantik 2,642 penolong amil kutip zakat

1 Mac 2023, 1:00 PM
LZS perkenal kupon fitrah berwarna, lantik 2,642 penolong amil kutip zakat
LZS perkenal kupon fitrah berwarna, lantik 2,642 penolong amil kutip zakat

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperkenalkan tiga kupon fitrah berwarna untuk pembayar zakat fitrah mulai tahun ini.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS Datin Norajun Mohd Hashim berkata kupon berwarna hijau untuk nilai RM7, merah (RM14) dan oren (RM21).

"Sebelum ini hanya satu kupon dengan nilai RM7 digunakan dan jika pembayar zakat membayar RM21, amil atau penolong amil fitrah akan mengoyak tiga kupon untuk diserahkan kepada pembayaran zakat.

"Kini mereka akan diberikan kupon mengikut nilai yang dibayar iaitu RM7, RM14 atau RM21,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_569165" align="aligncenter" width="700"] Lembaga Zakat Selangor memberi taklimat kepada 2,642 penolong amil fitrah seluruh Selangor secara berperingkat mulai 8 hingga 28 Februari 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor[/caption]

Menurut Norajun LZS juga melantik 2,642 penolong amil di seluruh negeri sepanjang Ramadan bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Berliau menambah, kesemua penolong amil yang dilantik telah diberikan khusus berkaitan gerak kerja fitrah dan penggunaan aplikasi mobile.

"Sesi pengukuhan dan latihan ini dijalankan sebanyak 10 siri melibatkan sembilan daerah termasuk dua sesi latihan melibatkan daerah Petaling. Sesi pengukuhan dan latihan ini bermula dari 8 Februari hingga semalam,’’ ujarnya.

Norajun menambah menyarankan orang ramai menunaikan rukun Islam keempat kepada amil lantikan LZS yang boleh dikenal pasti melalui kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619