AGENDA

Air Selangor: Paip pecah di Bandar Baru Bangi segera dibaiki

28 Feb 2023, 1:56 AM
Air Selangor: Paip pecah di Bandar Baru Bangi segera dibaiki
Air Selangor: Paip pecah di Bandar Baru Bangi segera dibaiki
Air Selangor: Paip pecah di Bandar Baru Bangi segera dibaiki

SHAH ALAM, 28 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi mulai 6.30 pagi tadi.

Agensi tersebut memaklumkan kerja pembaikan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

"Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

"Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya di Facebook.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619