AGENDA

MB rakam takziah pemergian isteri Dr Mohd Farid Ravi

27 Feb 2023, 12:41 PM
MB rakam takziah pemergian isteri Dr Mohd Farid Ravi

SHAH ALAM, 27 FEB: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) Profesor Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah atas pemergian isteri beliau petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor UIS di atas pemergian isteri beliau, Almarhumah Datin Suziana Mohd Soyong, pada jam 5.40 petang ini di Hospital Serdang.

"Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Takziah kepada ahli keluarga dan sahabat," ucapnya menerusi Facebook.

Sementara itu, Dr Mohd Farid Ravi menerusi Facebook memaklumkan solat jenazah isterinya diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619