AGENDA

Kegembiraan berakhir tragedi, bapa ditemukan lemas selepas cuba selamatkan anak

27 Feb 2023, 8:47 AM
Kegembiraan berakhir tragedi, bapa ditemukan lemas selepas cuba selamatkan anak

CHUKAI, 27 FEB: Seorang bapa yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus di Lubuk Tapeng, Air Putih dekat sini semalam ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat Mohd Mirwan Mohd Ramli, 40, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 10.23 pagi, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan polis merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat, penduduk kampung serta orang ramai yang terlibat dalam usaha pencarian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari semalam, Mohd Mirwan yang bekerja sebagai buruh kilang bersama isteri dan dua anak lelakinya datang ke Lubuk Tapeng untuk memancing dan mandi-manda.

Bagaimanapun kegembiraan keluarga itu bertukar tragedi apabila mangsa yang cuba menyelamatkan anak lelakinya Muhammad Zafran Aidil,12, daripada dihanyutkan arus, tiba-tiba tenggelam manakala anaknya itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok berhampiran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619