ADN

Rancang naik taraf Bukit Kembara, jadi destinasi tarikan pelancongan baharu

27 Feb 2023, 5:56 AM
Rancang naik taraf Bukit Kembara, jadi destinasi tarikan pelancongan baharu

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 27 FEB: Bukit Kembara, Ampang yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti rentas hutan dan pendakian berpotensi dibangunkan sebagai tempat pelancongan baharu.

Justeru, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata perbincangan mengenai rancangan membangun serta menaik taraf tempat tersebut akan diadakan.

"Kita mendapat beberapa pandangan penduduk-penduduk sekitar antaranya mereka memohon untuk Bukit Kembara diberikan atau digazetkan sebagai tempat rekreasi orang ramai.

"Kita melihat potensi Bukit Kembara ini tinggi, kita akan berbincang pelan strategik bagi mengenalpasti ruang sesuai untuk dijadikan tumpuan pelancongan awam," katanya.

Rodziah yang juga EXCO perumahan, kesejahteraan bandar dan pembangunan usahawan turut meluang masa membuat tinjauan di kawasan sekitar Bukit Kembara dan Kolam Taman TAR, Ampang semalam.

Lawatan turut disertai Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari, Pengarah Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Khairilazhar Ismail dan wakil Jabatan Perhutanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619