AGENDA

Skim perubatan untuk B40 contohi inisiatif Selangor satu penghargaan

26 Feb 2023, 1:30 AM
Skim perubatan untuk B40 contohi inisiatif Selangor satu penghargaan
Skim perubatan untuk B40 contohi inisiatif Selangor satu penghargaan

GOMBAK, 26 FEB: Hasrat kerajaan persekutuan mewujudkan Skim Perubatan Madani dengan mencontohi skim kesihatan Selangor disifatkan sebagai satu penghargaan buat Kerajaan Negeri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata skim berkenaan memberi peluang kepada golongan B40 untuk mendapat rawatan di hospital swasta tanpa perlu bersesak di hospital awam.

"Isu selalu timbul di hospital awam adalah kesesakan dan memang kerajaan akan pertingkatkan mutu perkhidmatan itu tetapi ini sudah tentu mengambil masa.

"Dalam tempoh perbaiki itu mungkin akan ada kelahiran baharu dan pertambahan penduduk berlaku, jadi ini adalah salah satu solusi untuk galakkan rakyat ke hospital atau klinik swasta dengan subsidi disediakan kerajaan.

"Pada masa sama, hospital atau klinik swasta ini akhirnya membantu kurangkan kesesakan di hospital awam walaupun kerajaan perlu belanja dengan wang sangat besar demi menjamin kesihatan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Laman Herba di pusat khidmat masyarakat DUN Hulu Kelang di sini semalam.

Pada 24 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Persekutuan 2023 mengumumkan pelaksanaan Skim Perubatan Madani diperingkat nasional seperti yang dilaksana Kerajaan Selangor.

Skim dengan peruntukan RM120 juta memberi peluang golongan B40 berjumpa dengan Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619