AGENDA

Penangguhan bayaran, diskaun pinjaman PTPTN akan diumum tidak lama lagi

25 Feb 2023, 9:58 AM
Penangguhan bayaran, diskaun pinjaman PTPTN akan diumum tidak lama lagi

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Penangguhan bayaran balik dan pengurangan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Perbadanan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif tersebut menunjukkan keprihatin kerajaan dalam meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini.

“PTPTN berterima kasih dan komited untuk melaksanakan inisiatif Belanjawan 2023 iaitu insentif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

“PTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ia sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023.

Untuk sebarang pertanyaan peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi saluran Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619