AGENDA

Projek bina jalan, jambatan Sungai Sepang atasi isu kesesakan di lokasi tumpuan pelancong

25 Feb 2023, 9:52 AM
Projek bina jalan, jambatan Sungai Sepang atasi isu kesesakan di lokasi tumpuan pelancong
Projek bina jalan, jambatan Sungai Sepang atasi isu kesesakan di lokasi tumpuan pelancong
Projek bina jalan, jambatan Sungai Sepang atasi isu kesesakan di lokasi tumpuan pelancong

GOMBAK, 25 FEB: Kerajaan Selangor mengalu-alukan projek membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi mengatasi isu kesesakan yang menjejaskan lokasi tumpuan pelancong seperti dibentang Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023, semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin projek itu akan memberi manfaat kepada Selangor terutama melibatkan sektor pelancongan dan naik taraf jalan.

[caption id="attachment_568533" align="aligncenter" width="761"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama pengunjung Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada 25 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Saya akan semak semula perinciannya (projek) tapi ini sangat dialu-alukan dan saya percaya jalan itu jalan utama orang keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Gombak di tapak bazar Ramadan, Taman Melawati hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2023 semalam menjelaskan projek dengan kos RM160 juta itu akan menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang.

Selain itu Amirudin berkata pelbagai insentif dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 semalam adalah isyarat Perdana Menteri mahu memastikan rakyat mendapat pembelaan secukupnya.

[caption id="attachment_568534" align="aligncenter" width="726"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada 25 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Alhamdulillah saya rasa Perdana Menteri (yang juga) Menteri Kewangan cuba untuk memastikan asas di dalam negara kita iaitu rakyat mendapat pembelaan yang secukupnya.

“Pelbagai insiatif sama ada pelepasan cukai, mengeluarkan orang daripada kemuflisan dan juga bantuan yang diisytiharkan Perdana Menteri termasuk program kesihatan, pendidikan, e-panggilan dan penjagaan anak-anak,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619