AGENDA

Ganda usaha pastikan institusi Islam amal tatakelola baik, julang integriti - menteri

25 Feb 2023, 9:10 AM
Ganda usaha pastikan institusi Islam amal tatakelola baik, julang integriti - menteri

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bertekad untuk terus menggandakan usaha dalam memastikan institusi Islam di negara ini mengamalkan tatakelola yang baik serta menjulang budaya integriti.

Beliau berkata ia susulan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM1.5 bilion bagi memperkasakan institusi berkenaan agar menjadi contoh terbaik dalam aspek pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

“Selain itu, untuk menggerakkan agenda membangun Malaysia MADANI, kerajaan mengiktiraf dan amat menghargai jasa para murabbi yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha imarah dakwah.

“Saya mewakili Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Selain itu, sumbangan khas RM600 akan diberikan kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir melibatkan 70,000 orang dengan peruntukan lebih RM40 juta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619