AGENDA

MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Al-Mardhiyah jaya program Ramadan

25 Feb 2023, 6:05 AM
MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Al-Mardhiyah jaya program Ramadan

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG, 25 FEB: Dato’ Menteri Besar menghulurkan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati di sini bagi melaksanakan program Ramadan tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyampaikan bantuan selepas menunaikan solat dan kuliah Subuh sempena program Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak hari ini.

Nazir Masjid Al-Mardhiah melahirkan penghargaan di atas sumbangan tidak diduga daripada Dato' Menteri Besar.

"Sumbangan diberi ini tidak dimaklumkan sebelumnya namun kita berterima kasih kerana ia membantu memperkasa program dirancang sepanjang Ramadan ini.

"Program dirancang adalah antaranya tadarus al-Quran, majlis khatam, iftar dan moreh serta bantuan kepada golongan memerlukan," kata Datuk Dr Ahmad Sharifuddin Mohd Asari.

Menurutnya, lebih 120 keluarga daripada golongan tersebut seperti anak yatim, asnaf dan kurang berkemampuan (B40) dibantu untuk persiapan Aidilfitri pada tahun lalu.

Selepas program berakhir, Amirudin bersarapan di Warung Pak Ajis, Taman Melawati sebelum melawat gerai di Pasar Tani.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619