AGENDA

Prasarana teruskan pas bulanan My50, manfaat 180,000 pengguna

24 Feb 2023, 10:27 AM
Prasarana teruskan pas bulanan My50, manfaat 180,000 pengguna

SHAH ALAM, 24 FEB: Inisiatif pas bulanan My50 di bawah Prasarana diteruskan untuk mengurangkan kos pengangkutan penduduk di Lembah Klang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata inisitif tersebut memanfaat hampir 180,000 pengguna perkhidmatan rel dan bas.

"Selain itu, Prasarana secara rintis akan memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

"Kerajaan juga menyediakan RM150 juta untuk program SBST termasuk peluasan pelaksanaan program tersebut ke bandar Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619