AGENDA

Elaun 35,000 guru Kafa dinaikkan kepada RM1,100

24 Feb 2023, 10:14 AM
Elaun 35,000 guru Kafa dinaikkan kepada RM1,100

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,1000 bermula tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan sebanyak RM100 itu membabitkan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

"Menghargai jasa dan keringat mereka, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kafa sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta," katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan turut bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 ringgit kepada 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir dengan dana lebih RM40 juta.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619