AGENDA

Kes muflis hutang kurang RM50,000 dilepas mulai 1 Mac

24 Feb 2023, 9:29 AM
Kes muflis hutang kurang RM50,000 dilepas mulai 1 Mac

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik dalam masa yang singkat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sementara menunggu pindaan tersebut, kes kecil yang melibatkan hutang kurang RM50,000 serta memenuhi syarat akan dilepaskan mulai 1 Mac ini.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan seramai 130,000 individu dijangka bebas daripada status muflis jika pindaan tersebut diluluskan.

"Rakyat yang diisytihar muflis berhak punyai peluang kedua. Setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang punyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi melindungi hak pengguna, syarikat menawarkan perkhidmatan kredit pengguna seperti syarikat pemfaktoran dan Buy Now Pay Later akan dikawal.

"Bagi menjamin layanan yang adil serta melindungi hak rakyat dan perniagaan, kerajaan akan menggubal Akta Kredit Pengguna.

"Kerajaan juga bakal menubuhkan lembaga pemantauan kredit pengguna untuk mengawal selia perniagaan kredit dan dijangka dibentangkan tahun ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619