AGENDA

Dana RM2.7 bilion naik taraf jalan persekutuan, RM5.2 bilion jalan negeri

24 Feb 2023, 9:14 AM
Dana RM2.7 bilion naik taraf jalan persekutuan, RM5.2 bilion jalan negeri

SHAH ALAM, 24 FEB: Sejumlah RM2.7 bilion disediakan untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang bertujuan untuk menyelenggara jalan negeri kepada RM5.2 bilion.

"Kerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini

Anwar berkata sejumlah RM1.5 bilion disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar.

"Bagi isu jalan-jalan berlubang khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah.

“Sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619