SELANGOR

Galak pelaburan, kerajaan besarkan Lapangan Terbang Subang

24 Feb 2023, 9:02 AM
Galak pelaburan, kerajaan besarkan Lapangan Terbang Subang

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang bagi menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong.

Perdana Menteri berkata langkah tersebut dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan bernilai RM7 bilion.

"Bagi menyokong perkembangan perdagangan antarabangsa, kerajaan mendukung cadangan pembangunan pelabuhan utama di Pulau Carey oleh pihak swasta," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619