AGENDA

Perkenal cukai untuk jam tangan, fesyen mewah mulai tahun ini

24 Feb 2023, 8:39 AM
Perkenal cukai untuk jam tangan, fesyen mewah mulai tahun ini

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan persekutuan bercadang memperkenal Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang antaranya jam tangan dan fesyen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendekatan lebih progresif diambil sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.

"Selaras amalan terbaik antarabangsa, kerajaan juga mengkaji untuk memperkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar yang rendah.

"Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga menteri kewangan memaklumkan kerajaan belum bercadang melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di sebalik kesusahan rakyat dan inflasi makanan yang tinggi.

"Dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan lebih lima peratus, kadar upah yang masih rendah, saat ini bukanlah masa yang sesuai untuk memperkenal dan melaksanakannya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619