PBT

MBSJ catat 1,093 kes denggi sejak 12 Feb, naik 372 berbanding tahun lalu

24 Feb 2023, 4:09 AM
MBSJ catat 1,093 kes denggi sejak 12 Feb, naik 372 berbanding tahun lalu

SHAH ALAM, 24 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merekodkan 1,093 kes demam denggi dalam tempoh seminggu sejak 12 Februari lalu.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata jumlah itu meningkat 372 kes berbanding 721 dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

"Lokaliti titik panas yang paling banyak mencatatkan kes demam denggi adalah di Desa Minium Rimba, Lestari Perdana dengan 35 kes dalam tempoh 87 hari.

"Berikutan kes denggi semakin meningkat, operasi khas bersepadu telah dimulakan sejak 15 Februari sehingga 22 Mac melibatkan kerjasama antara MBSJ, Pejabat Kesihatan Daerah dan agensi berkaitan," katanya dalam mesyuarat bulanan MBSJ semalam.

Mohd Zulkurnain turut menggesa masyarakat terus menjaga persekitaran masing-masing bagi memastikan kes demam denggi dapat dikurangkan.

"Masyarakat diminta untuk terus memastikan kawasan dan persekitaran premis masing-masing bersih dan bebas dari tempat pembiakan aedes.

"Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu sekali mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619