ADN

2,565 warga emas DUN Pandan Indah terima baucar beli-belah RM150

23 Feb 2023, 9:23 AM
2,565 warga emas DUN Pandan Indah terima baucar beli-belah RM150
2,565 warga emas DUN Pandan Indah terima baucar beli-belah RM150

OLEH AZIAN AZIZ

CHERAS, 23 FEB: Sebanyak 2,565 daripada 3,985 warga emas yang mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah telah menerima baucar beli-belah RM150 yang diperuntukkan tahun ini.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Nariza Zain berkata pihaknya masih menunggu baki 1,420 penerima untuk mengambil baucar mereka sebelum DUN dibubarkan.

"Kita telah buat agihan baucar pada 14 Februari lalu dan esok adalah hari terakhir. Sejak tempoh agihan bermula purata 400 penerima datang ke PKM untuk mengambil baucar.

"Kita akan terus menguar-uarkan melalui media sosial dan WhatsApp untuk memanggil warga emas yang belum mengambil baucar agar berbuat demikian di PKM," katanya ketika ditemui dalam program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pandan Indah di Kampung Cheras Baru hari ini.

[caption id="attachment_568191" align="alignleft" width="417"] Pengurus Pusat Khidmat DUN Pandan Indah
Nariza Zain, 42,[/caption]

Menurut Nariza pihaknya juga menerima 2,000 permohonan SMUE baharu pada tahun ini.

"Kita akan cuba proses secepat mungkin agar kesemua pemohon yang layak menerima baucar mereka tahun sebelum Jun ini,’’ tambahnya.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Bermula tahun ini, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melibatkan peruntukan RM37.5 juta.

Had kelayakan pendapatan isi rumah penerima baucar Jom Shopping juga ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619