AGENDA

Jelajah bantuan rakyat di Gombak, Kuala Selangor hujung minggu ini

23 Feb 2023, 3:00 AM
Jelajah bantuan rakyat di Gombak, Kuala Selangor hujung minggu ini
Jelajah bantuan rakyat di Gombak, Kuala Selangor hujung minggu ini

SHAH ALAM, 23 FEB: Orang ramai dipelawa memeriahkan Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di daerah Gombak dan Kuala Selangor hujung minggu ini.

Program pada Sabtu akan berlangsung di Tapak Bazar Ramadan, Taman Melawati manakala acara pada Ahad di Dataran Esplanade, Eco Grandeur, Puncak Alam.

Sabtu lalu, JKSP membuka tirainya di Pangsapuri Seri Perantau, Klang diikuti Oasis Batang Kali, Hulu Selangor (Ahad) dan akan diteruskan ke lapan daerah sehingga Mac nanti.

[caption id="attachment_567374" align="alignnone" width="784"] Foodtrucks disediakan sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata program berkenaan berskala lebih kecil berbanding Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang dianjur tahun lalu yang menghebahkan insentif kepada penduduk.

Maklum Dato’ Seri Amirudin Shari, program sehari dari 9 pagi hingga 5 petang menyediakan beberapa acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara sukan.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619