AGENSI

18 peserta sertai kursus steril makanan, pes sambal anjuran MDSB-Hijrah

22 Feb 2023, 3:08 PM
18 peserta sertai kursus steril makanan, pes sambal anjuran MDSB-Hijrah
18 peserta sertai kursus steril makanan, pes sambal anjuran MDSB-Hijrah

SHAH ALAM, 22 FEB: Seramai 18 individu menyertai kursus pensterilan (retort) makanan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 11 Februari.

Program anjuran bersama Hijrah Selangor turut mengajar peserta dalam kalangan belia, ibu tunggal dan usahawan menghasilkan pes sambal dengan cara mudah.

"Hasil dari kursus ini boleh digunakan oleh peserta untuk memulakan perniagaan baru bagi meningkatkan ekonomi keluarga atau kegunaan sendiri pada masa akan datang," tulis agensi itu di Facebook.

Menerusi kaedah retort, Hijrah berkata makanan yang dihasilkan boleh bertahan selama dua tahun di luar peti ais.

[caption id="attachment_568079" align="aligncenter" width="729"] Peserta menerima sijil setelah tamat kursus pensterilan (retort) makanan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Hijrah Selangor di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 11 Februari 2023. Foto Facebook Hijrah Selangor[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619