AGENSI

Hampir 100 peserta sertai forum anti rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor

22 Feb 2023, 1:30 PM
Hampir 100 peserta sertai forum anti rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor
Hampir 100 peserta sertai forum anti rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor

GOMBAK, 22 FEB: Kira-kira 100 peserta menghadiri Forum Anti Rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai di sini.

Wakil penganjur Maria Abdul Manaf berharap peserta dalam kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi dan penduduk setempat mendapat manfaat dari pengisian forum.

"Forum ini mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rasuah Busters dan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara).

“Kami berharap pengisian forum ini dapat memberi manfaat kepada semua hadirin,” katanya ketika ditemui Selangorkini hari ini.

[caption id="attachment_568044" align="aligncenter" width="726"] Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ab Muneim Ibrahim memberi ceramah kepada orang ramai pada Forum Bual Bicara Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 22 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Forum bertajuk 'Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah' menampilkan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM  Ab Muneim Ibrahim dan Ketua Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters Norhayati Nordin selaku panelis serta Rosmawati Baharudin sebagai moderator.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan Kolej DRB-Hicom juga diberi ruang sebagai pempamer dalam program tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619