AGENSI

DUN Kuang hasrat anjur 10 lagi jualan murah, bantu penduduk B40 berjimat

22 Feb 2023, 7:37 AM
DUN Kuang hasrat anjur 10 lagi jualan murah, bantu penduduk B40 berjimat
DUN Kuang hasrat anjur 10 lagi jualan murah, bantu penduduk B40 berjimat
DUN Kuang hasrat anjur 10 lagi jualan murah, bantu penduduk B40 berjimat

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 22 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berhasrat menganjur 10 lagi program jualan murah di lokasi terpilih sehingga Mei depan.

Penyelarasnya Salasiah Disa berkata langkah itu bertujuan meringankan beban majoriti penduduk yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

[caption id="attachment_567978" align="aligncenter" width="741"] Penyelaras DUN Kuang Salasiah Disa. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Bandar Tasik Puteri mempunyai 10 kawasan flat kos rendah antaranya Sandalwood, Pinewood, Maplewood dan lain-lain yang penduduknya mencecah 20,000 orang.

“Memandangkan harga barang mahal kita ambil inisiatif anjur jualan murah. Setakat ini kita sudah anjur 10 kali program jualan murah di pelbagai lokasi dalam DUN Kuang bagi bantu mereka beli barangan murah dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri di sini.

Program yang bermula jam 10 pagi menyaksikan lebih 400 pengunjung sekitar DUN berkenaan hadir bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

[caption id="attachment_567967" align="aligncenter" width="738"] Penduduk sekitar mengambil peluang membeli pelbagai barangan yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Salasiah bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada kekosongan slot disediakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

"DUN Kuang telah 52 kali menganjurkan program jualan murah sejak tahun lalu dan kira-kira 10,000 keluarga di kawasan tersebut telah menerima manfaat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619