AGENDA

Angka korban akibat gempa bumi di selatan Turkiye meningkat kepada 42,310

22 Feb 2023, 2:55 AM
Angka korban akibat gempa bumi di selatan Turkiye meningkat kepada 42,310

ANKARA, 22 FEB: Sekurang-kurangnya 42,310 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa.

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga menyaksikan 7,184 gegaran susulan, lapor Anadolu Agency.

Gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu turut melanda 10 wilayah lain – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Dalam tempoh kurang dari 10 jam beberapa negara di rantau itu, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasakan gegaran kuat yang melanda Türkiye.

Sejumlah 14,740 anggota mencari dan menyelamat tempatan dan antarabangsa kini berada di lapangan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat, kata AFAD.

Sementara itu, pada taklimat media Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 562 yang lain cedera, termasuk 18 dalam keadaan kritikal, selepas gempa bumi baharu menggegarkan Hatay, wilayah paling selatan Türkiye pada lewat Isnin.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619