PBT

MPS edar 24 kit denggi, langkah proaktif banteras pembiakan aedes

22 Feb 2023, 12:20 AM
MPS edar 24 kit denggi, langkah proaktif banteras pembiakan aedes

SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengedarkan 24 kit denggi kepada ahli majlis sebagai langkah proaktif membanteras pembiakan aedes di kawasan masing-masing.

Bahagian perhubungan awam jabatan korporatnya memaklumkan edaran kit itu dibuat susulan peningkatan kes demam denggi ketika ini.

“Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk aedes dengan serius.

“Sebagai langkah pencegahan dan pengurusan kes demam denggi yang semakin meningkat, unit kawalan vektor Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan mengedarkan kit denggi kepada ahli majlis,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, kit tersebut disampaikan Yang Dipertuanya Dato’ Mohd Yazid Sairi pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan Bandar serta Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menasihatkan orang ramai membersihkan rumah seminggu sekali selama 10 minit dengan mencari dan menghapuskan tempat pembiakan aedes selain memastikan tiada tempat yang boleh menakung air secara terbuka.

Menurutnya, individu yang mengalami tanda dan menunjukkan gejala demam denggi diminta mendapatkan rawatan segera.

“Diharap langkah proaktif MPS ini dapat mengawal penularan demam denggi dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta kawasan komuniti agar bebas menjadi kawasan panas denggi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619