AGENDA

Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul Team Selangor dalam tempoh enam jam

22 Feb 2023, 12:00 AM
Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul Team Selangor dalam tempoh enam jam
Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul Team Selangor dalam tempoh enam jam
Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul Team Selangor dalam tempoh enam jam

SHAH ALAM, 22 FEB: Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul sukarelawan Team Selangor sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang  (JKSP) di Hulu Selangor pada 19 Februari lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata minyak masak itu diperoleh daripada orang ramai yang menyokong kempen dengan kerjasama Trash4Cash, Bumi Waste Management (M) Sdn Bhd.

“Kita mengadakan kempen ini ketika jelajah yang berlangsung di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai nilai sisa melalui aktiviti kitar semula.

[caption id="attachment_567880" align="aligncenter" width="725"] Minyak masak yang berjaya dikumpul
sukarelawan Team Selangor daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor[/caption]

“Dalam masa lebih kurang enam jam, 1,386.5 kilogram minyak masak terpakai dibeli daripada komuniti setempat,” katanya ketika dihubungi.

Dalam program sama, katanya sukarelawan turut mengedar risalah kesedaran kepada pengunjung dan peniaga makanan berhampiran supaya mengelak membuang minyak masak ke tempat tidak sepatutnya.

“Pembuangan minyak masak di merata tempat boleh menjurus kepada pencemaran alam.

[caption id="attachment_567882" align="aligncenter" width="748"] Sukarelawan Team Selangor mengumpul minyak masak daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor[/caption]

"Minyak masak yang dikumpul akan diproses untuk dijadikan biodiesel bagi kegunaan jentera berat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619