AGENSI

DUN Bukit Melawati hasrat anjur 15 lagi jualan murah, jangka 2,500 penduduk terima manfaat

21 Feb 2023, 3:30 PM
DUN Bukit Melawati hasrat anjur 15 lagi jualan murah, jangka 2,500 penduduk terima manfaat
DUN Bukit Melawati hasrat anjur 15 lagi jualan murah, jangka 2,500 penduduk terima manfaat

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA SELANGOR, 21 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati berhasrat menganjur 15 lagi program jualan murah di lokasi terpilih sehingga Mei depan.

Pegawai Khas Ahli Dewan Negerinya menjangkakan lebih 2,500 keluarga menerima manfaat program Jelajah Ehsan Rakyat.

Muhammad Farhan Zulkifli berkata tujuh jualan murah yang sudah dilaksanakan sejak 16 Januari mendapat sambutan dan penduduk mahu ia terus diadakan.

“Kita akan anjur 15 lagi program jualan murah dengan sasaran lima program sebulan di DUN Bukit Melawati memandangkan majoriti penduduk di kawasan ini adalah golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya.

Muhammad Farhan ditemui sempena program jualan murah peringkat DUN Bukit Melawati di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun cadangan tersebut tertakluk kepada slot yang diberikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Kita mahu kerap anjurkan jualan murah sasar di sini untuk bantu penduduk khususnya golongan B40 susulan peningkatan harga barang ketika ini.

“Biarpun jualan diadakan pada hari bekerja namun kita harap ia dapat ringankan beban kewangan khususnya golongan sasar,” katanya.

Program jualan murah kendalian PKPS diadakan di sembilan lokasi berbeza setiap hari sejak 16 Januari dan dijangka diteruskan sehingga Julai depan.

Inisiatif Kerajaan Negeri itu menawarkan barangan seperti ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak lima kg (RM25), beras lima kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS atau Facebook PKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619