AGENSI

Asnaf OKU terharu enam anak terima bantuan sekolah LZS, azam ubah nasib keluarga

21 Feb 2023, 12:00 PM
Asnaf OKU terharu enam anak terima bantuan sekolah LZS, azam ubah nasib keluarga
Asnaf OKU terharu enam anak terima bantuan sekolah LZS, azam ubah nasib keluarga
Asnaf OKU terharu enam anak terima bantuan sekolah LZS, azam ubah nasib keluarga
Asnaf OKU terharu enam anak terima bantuan sekolah LZS, azam ubah nasib keluarga

SHAH ALAM, 21 FEB: Seorang bapa berharap bantuan persekolahan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diterima enam anaknya menjadi pencetus semangat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh sekali gus mengubah nasib keluarga.

Ahmad Khariri Al-Hadi Md Yusop, 46, yang menjadi asnaf sejak 2014 selepas hilang upaya kekal akibat kemalangan mengakui terharu dengan bantuan berkenaan dan berterima kasih kepada semua pembayar zakat.

“Hari ini enam anak saya menerima bantuan persekolahan daripada LZS dan sebelum ini seorang anak saya di Mesir juga dapat biasiswa dari Kerajaan Negeri hasil daripada sumbangan pembayar zakat.

“Semoga satu hari nanti mereka jadi golongan yang menekankan pentingnya bayar zakat dan boleh tolong orang lain pula satu hari nanti. Dulu saya juga pembayar zakat tapi kini saya terima bantuan daripada orang lain.

“Namun walaupun berstatus orang kurang upaya saya masih cuba berzakat walaupun sedikit,” kata bapa kepada 13 anak itu.

[caption id="attachment_567747" align="aligncenter" width="789"] Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini bergambar bersama penerima bantuan pendidikan sekolah Lembaga Zakat Selangor tahun 2023 di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas program simbolik Bantuan Pendidikan Sekolah LZS yang disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Seramai 67,798 pelajar prasekolah hingga menengah dalam kalangan keluarga asnaf menerima bantuan persekolahan LZS tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM32.6 juta.

Sementara itu, ibu tunggal Noor Aishah Mohamed Ali, 37, berkata sejak berpisah dengan suami beliau menanggung lima anak yang semuanya bersekolah.

“Tahun ini masuk tahun kedua keluarga kami terima bantuan persekolahan ia banyak meringankan beban kerana saya juga menanggung ibu bapa yang sudah uzur di rumah.

“Semoga dengan bantuan ini mereka boleh boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dapat keputusan cemerlang dan kerja bagus supaya dapat membantu balik orang yang memerlukan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619