AGENDA

Menteri: Selangor antara peneraju rancangan bandar rendah karbon, wajar dicontohi negeri lain

20 Feb 2023, 3:44 PM
Menteri: Selangor antara peneraju rancangan bandar rendah karbon, wajar dicontohi negeri lain

SHAH ALAM, 20 FEB: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memuji langkah Selangor yang mengambil langkah awal melaksana rangka kerja bandar rendah karbon.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Selangor itu harus dipuji dan wajar dicontohi oleh negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

"Selangor antara negeri terawal melaksanakan rangka kerja bandar rendah karbon dalam perancangan di semua PBT. Malah PBT, pejabat daerah dan tanah serta jabatan atau agensi negeri juga giat melaksana kempen kesedaran, pendidikan dan amalan gaya hidup.

"Tahniah diucapkan. Perkara ini wajar dicontohi oleh negeri dan PBT yang lain di Malaysia," katanya berucap pada Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

Pada majlis tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam menerima Anugerah Khas (PBT Paling Aktif) manakala Anugerah Pengurangan Karbon Terbanyak pula diberikan kepada Majlis Perbandaran Sepang.

Pada 27 Julai tahun lepas, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) antara lain memberi fokus untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619