AGENDA

Menteri: Elak huru-hara, perarakan replika senjata tajam boleh undang tema perang

20 Feb 2023, 9:06 AM
Menteri: Elak huru-hara, perarakan replika senjata tajam boleh undang tema perang

SHAH ALAM, 20 FEB: Kementerian Dalam Negeri memberi amaran terhadap mana-mana pihak supaya menghentikan apa jua perbuatan yang boleh menimbulkan huru-hara termasuk perarakan replika bersenjata tajam.

Menegaskan tindakan boleh diambil terhadap penganjur yang menyelitkan elemen mengancam keharmonian masyarakat, Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata rakaman acara itu boleh bermaksud menyuntik semangat perang.

"Maka sudah tentu apa jua tindakan yang mempamerkan serta meluahkan semangat dengan diselangi apa-apa simbol berupa senjata atau 'military' amatlah tidak wajar dan tentunya akan mengundang keresahan awam.

"Insiden ini kemungkinan disiar dalam bentuk klip video dengan latar belakang nasyid dalam bahasa Arab yang jelas menekankan tema peperangan," katanya dalam kenyataan.

Semalam, polis Terengganu berkata pihaknya menjalankan siasatan berhubung tindakan sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata.

Menurut ketua polisnya, kejadian itu berlaku pada 17 Februari lepas dalam satu program perhimpunan di sebuah kawasan resort di Setiu.

Datuk Rohaimi Md Isa berkata pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan yang dilakukan dalam perarakan itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619