AGENDA

PKPS diminta tambah jumlah telur di jualan murah ramai pembeli

20 Feb 2023, 7:30 AM
PKPS diminta tambah jumlah telur di jualan murah ramai pembeli
PKPS diminta tambah jumlah telur di jualan murah ramai pembeli

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 20 FEB: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diminta menambah jumlah telur kepada 500 papan dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di kawasan yang mempunyai ramai pembeli.

Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata telur yang dijual sekarang hanya 300 papan sedangkan pembeli mencecah 500 orang di kebanyakan kawasan.

[caption id="attachment_567595" align="alignleft" width="348"] Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia Din Yahaya[/caption]

"Ada beberapa pembeli program jualan murah di sini mengadu tak dapat beli telur.

"Jadi saya mohon pihak PKPS tambah jumlah telur kepada 500 papan terutama menjelang Ramadan kerana permintaan memang tinggi," kata Din Yahaya pada program JER peringkat DUN terbabit di Pangsapuri Sri Harmonis Gombak Setia hari ini.

Sejak Januari lalu, katanya, lebih 2,000 keluarga mendapat manfaat daripada empat program JER di DUN berkenaan.

"Kita ada dua lagi program JER yang diatur untuk Mac ini dan diharap dapat membantu meringankan beban terutama penduduk berpendapatan rendah dan sederhana," ujarnya.

Program JER menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan http://linktr.ee/myPKPS atau Facebook PKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619