PBT

MBPJ, sahabat motor anjur program saringan barah

19 Feb 2023, 6:26 AM
MBPJ, sahabat motor anjur program saringan barah

SHAH ALAM, 19 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Sahabat Motor MBPJ Harley Owner Group Petaling Jaya bakal menganjurkan program saringan barah.

Orang ramai dipelawa berkunjung ke Jelajah Kanser #66 PJ Sihat bertempat di laman MBPJ pada 26 Februari ini kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan.

"Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut kerana pihak Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia akan menyediakan kemudahan saringan barah secara percuma.

"Manakala, Hospital Tun Hussein Onn pula akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata, KPJ bagi pemeriksaan tahap gula dalam darah dan Nestle pemeriksaan kolesterol," kata MBPJ menerusi kenyataan.

Program tersebut juga akan dimeriahkan lagi dengan persembahan akrobatik motosikal dan pameran motorsikal berkuasa tinggi.

Himpunan pemilik motosikal Harley Davidson daripada pelbagai kelab di Selangor turut dipelawa bagi memeriahkan program pada hari berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619